Persembahan Khas daripada Artis Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sempena Welcoming Dinner Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bersama delegasi dari Indonesia, Philippines ,Kazakhstan dan beberapa Presiden-Presiden Etnik Sabah yang diadakan pada 30 Julai 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Negara Indonesia,Philippines dan Kazakhstan serta penyampaian cenderahati kepada delegasi-delegasi negara tersebut. Acara kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2025 akan diadakan pada 02 Ogos 2025 yang akan diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.