Kursus Berkaitan Cuti dan Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan Awam
Buletin Budaya, 05 Ogos 2026 (Rabu)
Kursus Berkaitan Cuti dan Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 04 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Balai Seni Lukis Sabah.
Kursus tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Ceramah telah disampaikan oleh Encik Joiner Juan, Unit Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) serta Puan Nur Husniyah Binti Abdul Sallek, Unit Cuti dan Persaraan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai pengurusan cuti dan elaun dalam perkhidmatan awam selaras dengan peraturan serta pekeliling yang berkuat kuasa. Program ini diharap dapat membantu memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia dalam organisasi.