Majlis Hari Etnik Sabah 5.0 2025 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah
Buletin Budaya, 16 Jun 2025 (Isnin)
Majlis Hari Etnik Sabah 5.0 2025 Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah berlangsung pada 15 Jun 2025 bertempat di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Menteri dan Pembantu Menteri Kabinet Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YBrs. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YBhg Tuan Dikin Bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Presiden- presiden dan Ahli-ahli Persatuan-persatuan Etnik.
Majlis ini merupakan anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah buat kali yang ke-5, sebagai usaha berterusan memperkukuh hubungan antara etnik dan memperingati kepelbagaian budaya negeri ini dan sebagai wadah memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara etnik di Sabah melalui sambutan Hari Etnik.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.