Festival Pondok Kontemporari 3.0 Kota Kinabalu telah berlangsung pada 21 Mei 2025 di Grandballroom Likas Square, Kota Kinabalu. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk pertandingan tarian, pertandingan ratu, persembahan tarian serta pertandingan pondok hiasan kontemporari. Festival ini berjaya memperkukuh usaha melestarikan budaya tempatan dalam suasana moden dan kreatif.