Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) Seri Pelancongan Sabah
Buletin Budaya, 16 Januari 2024 (Selasa)
Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) Seri Pelancongan Sabah, Tuan Thonny Chee kepada Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Mackey Apison Lo. Kunjungan Hormat ini bertujuan mengupas isu dan membincangkan bentuk-bentuk kerjasama akan datang dalam membantu menjana pendapatan di peringkat komuniti dan antarabangsa berlandaskan nilai dan norma kebudayaan etnik di Negeri Sabah.