Sorotan Konsert Vaganza Kaamatan 2026 sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026
Buletin Budaya, 3 Jun 2026 (Rabu)
Sorotan Konsert Vaganza Kaamatan 2026 sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 Mei 2026, jam 7.00 malam, bertempat di Pentas Luar KDCA Koisaan Cultural Village (KCV).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Anil Sandhu, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah; serta pegawai-pegawai Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dan agensi-agensi berkaitan.
Konsert yang menghimpunkan barisan artis tempatan Sabah seperti Datuk Francis Landong, Rey Kimara, Felix Agus, Rosario, Nelson, S. Welly, Kimberley dan Abby telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. Pelbagai persembahan nyanyian yang memukau berjaya menghiburkan penonton serta menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua artis, petugas serta pihak yang terlibat dalam menjayakan Konsert Vaganza Kaamatan 2026. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform dalam memartabatkan industri seni dan budaya Sabah serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.