Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2026
Buletin Budaya, 16 April 2026 (Khamis)
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Hari Etnik Sabah 6.0 sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2026 telah diadakan pada 15 April 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Mabul, Aras 2, SICC, Kota Kinabalu.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, bersama ahli jawatankuasa yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberikan komitmen dalam memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan majlis ini.