Program Hentian Budaya ( Cultural Pit Stop ) U U Bay Garden Tawau Tahun 2024 yang telah berlangsung pada 12 dan 13 Julai 2024 di U U Bay Garden Batu Payung Tawau. Majlis dirasmikan pada 13 Julai oleh YBhg. Tuan Dikin Bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah mewakili YB Datuk Christina Liew, menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis, YBrs. Tuan Mackey Apison Lo , Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs Encik Wong Nyuk Lin, Pengurus Besar U U Bay Garden, Ahli-ahli lembaga pengarah Lembaga kebudayaan Negeri Sabah, YDh. ASP Tuan Asran Bin Julkarnain, mewakili ketua polis daerah Tawau, YBhg. Puan Zanariah Ibrahim, wakil president, Majlis Perbadanan Tawau dan YBhg. Tuan Karim Bin Mahmud, Ketua Anak Negeri, Dun Sri Tanjung mewakili Ketua Daerah.