Rombongan lawatan kerja Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diketuai oleh YBhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama pegawai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ke Pusat Kebudayaan Sabah Penampang (PKSP) dan Balai Seni Lukis Sabah (BSLS).
Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan Pusat/ Cawangan di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah kepada ahli Lembaga Pengarah yang baharu dan membincangkan hal-hal berkaitan dengan objektif utama iaitu menambahbaik dan mempromosikan Pusat/ Cawangan tersebut.