Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2024 kali ke-9 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 29 Jun 2024. Turut hadir bagi memeriahkan acara iaitu Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Dikin bin Haji Musah bersama Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tuan Mackey Apison.
Terdapat 28 Etnik Menyertai perarakan dan persembahan kesenian bersama 3 Negara jemputan iaitu India, Thailand dan Indonesia.