Pesta Kulintangan Siri 2 dan Isun-isun Siri 1 yang berlangsung pada 24 - 30 Jun 2024 bertempat di Tapak Laluan Kuda Berhias Tamu Kota Belud, Sabah. Pesta ini dianjurkan oleh Persatuan Gong dan Kulintangan Sabah dengan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan diantaranya Pertandingan Bintang P. Ramle yang dirasmikan oleh Tuan Masi Maksud Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan LKNS. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Bin Tun Md. Said Keruak, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N10 Usukan dijemput sebagai tetamu kehormat sekaligus sebagai perasmi penutupan keseluruhan progam.