Sesi Taklimat Penilai-Penilai Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026
Buletin Budaya, 09 September 2026 (Rabu)
Sesi Taklimat Penilai-Penilai Penyelidikan Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung pada 07 September 2026 bertempat di Balai Seni Lukis Sabah.
Sesi Taklimat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir bersama ialah Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Puan Esmarida Ebos, Pengurus Bahagian Penyelidikan, Puan Fiona Jamiyan, Pengurus Bahagian Dasar, pengawai-pegawai LKNS dan para penilai yang telah dilantik.
Sesi ini dikendalikan oleh penceramah jemputan Dr Paul Porodong, Perunding Budaya LKNS. Penganjuran Sesi taklimat ini bertujuan memberikan pencerahan dan garis panduan kepada para penilai untuk memurnikan hasil kajian penyelidikan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di bawah Projek Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah 2026.