Kunjungan Hormat daripada Rombongan Ahli Lembaga Pelawat Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut
Buletin Budaya, 7 September 2026 (Isnin)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah menerima Kunjungan Hormat daripada Rombongan Ahli Lembaga Pelawat Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut yang mana diketuai oleh YBhg. Datin Rachel Jeremiah selaku Presiden Lembaga Pelawat.
Ucapan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan tersebut telah disampaikan oleh wakil Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah iaitu Encik M. Nazrin Shah, Pengurus Bahagian Pendigitalan & Publisiti LKNS.
Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membolehkan perbincangan dan jalinan kerjasama strategik diadakan antara dua pihak.