Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026
Buletin Budaya, 26 Ogos 2026 (Rabu)
Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 telah berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) Bertempat di Peak Nam Tong, Taman Fortuna, Jalan Penampang Kota Kinabalu Sabah.
Program ini dihadiri oleh YBrs. Tuan Mackey Apison Lo, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta pengerusi/ wakil pegerusi persatuan-persatuan.
Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Malaysia Hindu Sangam Sabah, Persatuan Bumiputera Christian Sabah, Persatuan Cina Sabah dan Singh Sabha Sabah.