Sesi temu duga bagi jawatan Artis Budaya telah berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang. Seramai 14 orang calon telah menghadiri sesi temu duga yang dijalankan dengan lancar.
Sesi ini dikendalikan oleh panel penemuduga yang terdiri daripada Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan LKNS, Tuan Jason Blasius, Pengurus Bahagian Sumber Manusia LKNS, Tuan Sony Jaya, Pengurus Bahagian Acara, serta Tuan Samsul Ismail, Pegawai Kebudayaan (Jurulatih Tari). Semoga lebih banyak bakat baharu dapat dicungkil dan terus mewarnai dunia seni budaya Sabah.