Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Persatuan Bumiputra Kristian Sabah. Program ini diadakan pada 2 Ogos 2025 (sabtu) bertempat di Gereja Pelita Cahaya, Damai. Program ini telah dirasmikan oleh wakil Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah iaitu En. Malik Rahim, Pegawai Kebudayaan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Turut hadir presiden dan ahli persatuan - persatuan turut sama-sama menjayakan program tersebut.