Majlis penutupan Socio-Cultural and Education Cluster BIMP-EAGA, Program Bayu Seni Sabah's Ethnic Cross Cultural Digital Exhibition 2024
Buletin Budaya, 27 Mei 2024 (Isnin)
Majlis penutupan Socio-Cultural and Education Cluster BIMP-EAGA, Program Bayu Seni Sabah's Ethnic Cross Cultural Digital Exhibition 2024 (pameran secara digital) bertempat di The Oval, Ground Floor IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis, Ybhg. Puan Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementeri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Ybhg.Tuan Dikin bin Haji Musah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Tindarama Joanna Datuk Kitingan Chairperson Women Council ( C )
Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah , YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, dan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Tahniah diucapkan kepada Balai Seni Lukis Sabah selaku pengelola program tersebut.