Imbasan Bengkel Pengawal Keselamatan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 19 Mei 2026 (Selasa)
Imbasan Bengkel Pengawal Keselamatan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah cawangan Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom (PKMST) telah diadakan pada 18 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom.
Bengkel ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan keselamatan serta pemantapan prosedur kerja berkaitan pemantauan dan penjagaan kawasan sekitar Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom. Selain sesi pengisian, penceramah turut mengadakan lawatan ke pos kawalan keselamatan bagi meninjau sendiri tugasan yang dilaksanakan oleh pengawal bertugas. Bengkel ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman, kemahiran serta tahap profesionalisme anggota keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Puan Haira Binti Mus, Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dan dihadiri oleh pengawal-pengawal keselamatan Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah yang telah disempurnakan oleh Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.