Sesi Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 19 Mei 2026 (Selasa)
Sesi Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah berlangsung pada 18 Mei 2026 bertempat di Balai Seni Lukis Sabah.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan dihadiri oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri sabah.
Mesyuarat ini mencerminkan sokongan dan kesungguhan berterusan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dalam memastikan perancangan strategik agensi sentiasa berada di landasan terbaik demi memartabatkan industri kebudayaan Sabah secara holistik.