Mesyuarat Jawatankuasa Induk Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Kali Ke-11 Tahun 2026 Bil. 02/2026
Buletin Budaya, 23 April 2026 (Khamis)
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Kali Ke-11 Tahun 2026 Bil. 02/2026 telah berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Persidangan, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Tawau.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Mohd Shoffian Mohd Said, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau,turut hadir Encik Fazli Ahmad, Ketua Unit Galeri Etnik Cawangan Tawau Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama barisan ahli jawatankuasa yang terlibat.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah pembentangan laporan daripada setiap jawatankuasa berkaitan persiapan dan pelaksanaan Program Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT). Perbincangan ini bertujuan memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif penganjuran festival.