Majlis Perjumpaan Khas Bagi Meraikan Kehadiran Pengerusi baharu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah
Buletin Budaya, 21 April 2026 (Selasa)
Majlis perjumpaan khas telah diadakan bagi meraikan kehadiran Pengerusi baharu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah. Ketibaan beliau disambut dengan penuh hormat oleh Yang Berusaha Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, bersama pegawai Kanan LKNS
Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Wisma Perindustrian. Ia menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan hala tuju organisasi di bawah kepimpinan baharu. Tahniah diucapkan sekali Lagi.