Mesyuarat Jawatankuasa Festival Bambu Sabah Telupid 2026 Bil. 3/2026
Buletin Budaya, 21 April 2026 (Selasa)
Mesyuarat Jawatankuasa Festival Bambu Sabah Telupid 2026 Bil. 3/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif proaktif dalam memperkasa serta memartabatkan seni dan budaya tempatan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Telupid, Tuan Celestine Jetony, bersama Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni dan Budaya, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, dengan kehadiran pegawai-pegawai LKNS serta ahli jawatankuasa yang terlibat.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berbangkit di samping pembentangan laporan oleh setiap jawatankuasa kerja, sebagai usaha memastikan kelancaran pelaksanaan Festival Bambu Sabah Telupid 2026 secara menyeluruh dan teratur.