Mesyuarat Jawatankuasa Festival Bambu Sabah Telupid 2026
Buletin Budaya, 13 Mac 2026 (Jumaat)
Mesyuarat Jawatankuasa Festival Bambu Sabah Telupid 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai langkah proaktif dalam memperkasakan seni dan budaya tempatan.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Telupid Tuan Celestine Jetony dan hadir bersama YB Datuk Jonnybone J. Kurum Pembantu Menteri perindustrian, keusahawanan dan pengangkutan Merangkap ADUN N.47, Puan Flora Iban Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni dan Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diiringi oleh pegawai-pegawai LKNS. Tujuan utama mesyuarat jawatankuasa ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan dan kerjasama strategik bagi memastikan penganjuran Festival Bambu Sabah Telupid 2026 berjalan dengan lancar.