Imbasan Sesi Pemantauan dan Perbincangan Kerja telah diadakan bagi memperhalusi serta memurnikan data hasil Kajian Etnik Tidung Labuk yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Sistem Pemetaan Budaya Bersepadu Negeri Sabah 2025.
Kajian ini telah berlangsung selama dua (2) hari, iaitu pada 13 dan 14 Disember 2025, bertempat di Labuk, Beluran. Kehadiran rombongan daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang diketuai oleh Puan Esmarida Ebos, Pengurus Bahagian Penyelidikan, bersama beberapa orang pegawai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Haji Ramsah Haji Kassim, Timbalan Presiden PETISA (Persatuan Tidung Labuk Sabah).