Bengkel Penyelidikan Bahasa (Language Sketch) 2025
Buletin Budaya, 26 November 2025 (Rabu)
Bengkel Penyelidikan Bahasa (Language Sketch) 2025 telah diadakan pada 25 November 2025 bertempat di Balai Seni Lukis Sabah. Dr. Trixie Marjorie Tangit, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah dijemput sebagai Fasilitator bengkel tersebut. Bengkel dihadiri oleh para penyelidik yang telah dilantik oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dalam pendokumentasian budaya Etnik sabah. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Puan Flora Iban, Pengurus Bahagian Penyelidikan, Puan Esmarida Ebos, Pengurus Bahagian Dasar, Puan Fiona Jamiyan dan Pengurus Bahagian Latihan, Encik Julian Muslih.
Bengkel diadakan bertujuan untuk menambah baik hasil kajian dalam aspek bahasa pemetaan Budaya.