Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2025
Buletin Budaya, 23 Oktober 2025 (Khamis)
Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2025 berlangsung dengan penuh bermakna dan berimpak tinggi apabila disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Majlis turut diserikan lagi dengan suasana apabila YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas MBJ Peringkat Negeri Sabah 2024 serta Sijil Keaktifan Pelaksanaan MBJ Tahun 2024 (Kategori Badan Berkanun Negeri). Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi tinggi dalam memperkasa pelaksanaan prinsip MBJ di agensi masing-masing.
Acara berprestij ini telah berlangsung pada 23 Oktober 2025 bertempat di Grand Ballroom, The Pacific Sutera Hotel, dan dihadiri oleh pelbagai wakil agensi kerajaan negeri serta badan berkanun, menjadikannya platform penting dalam memperkukuh kerjasama dan komunikasi dua hala antara majikan dan pekerja sektor awam negeri.