Imbasan Kemeriahan Persembahan Khas SAGA XI - Tawau 2025
Buletin Budaya, 21 Oktober 2025 (Selasa)
Imbasan Kemeriahan Persembahan Khas SAGA XI - Tawau 2025.
Persembahan Khas yang dikelolakan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah menyerikan Majlis Penutupan Temasya Sukan Sabah (SAGA) XI - Tawau 2025, yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 17 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Kompleks Sukan Tawau.
Temasya Sukan Sabah (SAGA) XI melabuhkan tirainya dengan warna-warni kejayaan, menandakan penutup yang penuh semangat dan kebanggaan buat seluruh rakyat Sabah!
Sebanyak 756 pingat berjaya direbut sepanjang kejohanan satu pencapaian luar biasa yang membuktikan semangat kesukanan, disiplin, dan bakat hebat para atlet negeri di bawah bayu.
Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kota Kinabalu yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan SAGA XI - Tawau 2025.
Temasya kali ini bukan sahaja mengukir sejarah dari segi pencapaian sukan, tetapi turut menyerlahkan perpaduan, semangat juang, dan kebanggaan terhadap identiti budaya Sabah yang kaya dan berwarna-warni.