Sesi Penilaian Kedua Hasil Kajian Budaya Etnik Sabah Tahun 2024
Buletin Budaya, 01 Oktober 2025 (Rabu)
Sesi Penilaian Kedua Hasil Kajian Budaya Etnik Sabah Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II, YBhg Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing. Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Puan Flora Iban, Pengurus Bahagian Penyelidikan, Puan Esmarida Ebos, Penilai daripada Pensyarah-pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Penyelidik serta Persatun-persatuan Etnik Sabah.
Penilaian ini menjadi wadah penting dalam memastikan hasil kajian budaya etnik negeri dapat diperhalusi dengan lebih mendalam, sekali gus memperkukuh usaha pendokumentasian, pemeliharaan serta pengembangan warisan budaya etnik Sabah.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen tinggi dalam menjayakan agenda pemerkasaan budaya negeri.