Kunjungan Hormat Daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah (JKKNS)
Buletin Budaya, 23 September 2025 (Selasa)
Kunjungan hormat daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah (JKKNS) ke Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang diketuai oleh YBrs. Puan Marina Binti Abu Bakar selaku Pengarah baharu JKKN Sabah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta beberapa pegawai kanan LKNS. Kunjungan tersebut telah berlangsung di bilik mesyuarat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Wisma Perindustrian.