Imbasan Pemantauan kerja-kerja dokumentasi etnik dan notasi muzik tradisi di bawah Projek Pembangunan Sistem Pemetaan Bersepadu Negeri Sabah
Buletin Budaya, 23 Oktober 2024 (Rabu)
Imbasan Pemantauan kerja-kerja dokumentasi etnik dan notasi muzik tradisi di bawah Projek Pembangunan Sistem Pemetaan Bersepadu Negeri Sabah bagi Etnik Sungai Milian pada 15-16 Oktober 2024 (Kinabatangan), Etnik Sungai Kalabuan pada 17-18 Oktober 2024 (Kuamut), Etnik Mangka’ak pada 19 Oktober 2024 (Tongod) dan Etnik Turavid pada 20-21 Oktober 2024 (Telupid).
Rombongan ini diketuai oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar, Sektor Pembangunan Seni Budaya, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Pengurus Bahagian Penyelidikan Puan Esmarida Ebos dan beberapa pengawai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.