Imbasan program Rice Heritage Festival Sabah & Sarawak
Buletin Budaya, 01 Oktober 2024 (Selasa) Imbasan program Rice Heritage Festival Sabah & Sarawak yang diadakan pada 27hb - 29hb September 2024 bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Kuching Sarawak. Sabah diwakili oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada wakil Persatuan Dusun Tatana, Rungus, Dusun Sandayo, Murut Binta, Suang Lotud dan Dusun Tindal. Rombongan ini diketuai oleh Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Program ini merupakan salah satu program di bawah sub Committee Heritage, Sabah Sarawak Labuan Joint Tourism Collaboration & Cooperation (SSLJTCC). Festival ini bertujuan untuk menonjolkan beras warisan yang dikongsi bersama di antara Sabah dan Sarawak. Antara pengisian program termasuklah jualan makanan tradisi etnik berasaskan beras dan protien, persembahan ritual, budaya hidup dan persembahan tarian tradisi yang ada di Sabah dan Sarawak. Program ini telah disempurnakan oleh CEO Sarawak Tourism Board, Puan Sharzede Datu Haji Salleh Askor. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan Sarawak dan Whatmatters Sdn. Bhd. di atas penganjuran dan jemputan untuk menyertai program ini. Rice Heritage Festival 2024 #59/24 #buletinbudayalkns #sabahmajujaya #lembagakebudayaannegerisabah #riceheritagefestival