Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2026 kali ke-11 Part 1/3
Buletin Budaya, 07 Ogos 2026 (Jumaat)
PART1/3
Imbasan kemeriahan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2026 kali ke-11 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Yang Berhormat Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif , Yang Berbahagia Mohd Shoffian Bin Mohd. Said, Presiden Majlis Perbandaran Tawau bersama delegasi dari Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia. Turut hadir bagi memeriahkan acara iaitu Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bersama Yang Berbahagia Datuk Amir@Amir Shah bin Yaakub, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah .
Majlis ini telah diserikan lagi dengan perarakan dan persembahan kesenian daripada 30 Etnik yang terdapat di Daerah Tawau serta daripada Negara Kazakhstan, Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia .Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2026 telah diadakan pada 01 Ogos 2026 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.