Pertandingan Ratu Perpaduan dan Battle Of The Band
Buletin Budaya, 16 Jun 2026 (Selasa)
Pertandingan Ratu Perpaduan dan Battle Of The Band telah diadakan pada 12 Jun 2026 bertempat di Pentas Utama sempena Sambutan Minggu Perpaduan. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Acara dimulakan pada sebelah siang dengan menampilkan 19 peserta yang berentap dalam pertandingan Ratu Perpaduan. Pertandingan yang disertai oleh pelbagai kaum dan peringkat umur ini telah memperagakan busana yang unik disamping menyampaikan mesej perpaduan dan keharmonian kepada orang ramai. Kemuncak program diteruskan dengan pertandingan Battle Of The Band yang menyaksikan persaingan sengit daripada 5 buah pasukan tempatan yang mempertaruhkan bakat serta kreativiti muzik mereka.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara. Turut hadir Puan Floran Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan Seni Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta Encik Mohd Ishak bin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah. Kehadiran tetamu kehormat dan sokongan daripada orang ramai telah menyemarakkan lagi program ini sebelum ia melabuhkan tirai pada jam 11.00 malam.