Bengkel Pengawal Keselamatan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Ibu Pejabat (HQ), Pusat Kebudayaan Sabah Penampang dan Balai Seni Lukis Sabah
Buletin Budaya, 26 Mei 2026 (Selasa)
Bengkel Pengawal Keselamatan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Ibu Pejabat (HQ), Pusat Kebudayaan Sabah Penampang dan Balai Seni Lukis Sabah telah diadakan pada 25 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Seni Lukis Sabah.
Bengkel ini memberi penekanan kepada tugas dan tanggungjawab Pembantu Keselamatan Gred KP1 khususnya dalam aspek Kawalan Keselamatan Fizikal, Pemantauan Kawasan, Kawalan Keluar Masuk Pelawat, Rondaan Keselamatan Serta Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Arahan Keselamatan yang telah ditetapkan. Selain itu, bengkel turut memberi pendedahan berkaitan Pengurusan Keselamatan Premis, Tindakan Kecemasan Serta Pemantapan Disiplin Dan Profesionalisme Anggota Keselamatan dalam melaksanakan tugasan harian dengan lebih cekap dan berkesan.Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran serta tahap profesionalisme anggota keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan teratur.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Encik Mohd Redzuan bin Haji Ruzali, Timbalan Pegawai Keselamatan Kerajaan dan dihadiri oleh pengawal-pengawal keselamatan dari Ibu Pejabat (HQ), Pusat Kebudayaan Sabah Penampang dan Balai Seni Lukis Sabah.Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah yang telah disempurnakan oleh Puan Sara Elisya Ahmad Shah, Pengarah Balai Seni Lukis Sabah.