Imbasan Hari ketiga Bengkel Profesionalisme Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan
Buletin Budaya, 11 Mei 2026 (Isnin)
Imbasan Hari ketiga Bengkel Profesionalisme Pegawai Keselamatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan yang telan dijalankan pada 8 Mei 2026 ,diteruskan dengan pengisian yang memberi penekanan kepada aspek pengurusan keselamatan serta pemantapan prosedur kerja di jabatan.
Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Encik Syarifuddin Bin Palawa, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Sabah dengan penyertaan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan keselamatan jabatan. Bengkel ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran serta profesionalisme anggota keselamatan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.