Penganjuran Bengkel Pemurnian Buku Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Siri 1
Buletin Budaya, 8 Mei 2026 (Jumaat)
Penganjuran Bengkel Pemurnian Buku Pemetaan Budaya Etnik Negeri Sabah Siri 1 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada 7 Mei 2026. Seramai 10 orang penyunting telah menghadiri sesi bengkel pemurnian ini yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan Seni Budaya, Puan Flora Iban dan Pengurus Bahagian Penyelidikan, Puan Esmarida Ebos serta pengawai-pegawai LKNS.
Sesi ini dikendalikan oleh Penceramah Jemputan Puan Julianah Kuli (Timbalan Pengarah 1) dan Puan Noorzanani Kata (Ketua Unit Penerbitan) dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penganjuran Bengkel Pemurnian ini, bertujuan memurnikan pruf akhir buku Pemetaan Budaya melibatkan 10 buku etnik agar menepati spesifikasi yang ditetapkan untuk diterbitkan pada tahun ini.