Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Telupid sebagai langkah memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan seni dan budaya negeri.
Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan Seni, Puan Flora Iban, bersama beberapa pegawai telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah Telupid, (DO) Tuan Celestine Jetony serta Penolong Pegawai Daerah (ADO), Tuan Muhammad Nasrul bin Omar.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama strategik dalam usaha memartabatkan seni dan budaya negeri Sabah menerusi penganjuran Festival Bambu Sabah 2026.