Festival Kebudayaan Rungus Sabah Kali ke-6 Tahun 2025 telah diadakan pada 04 - 06 Julai 2025 anjuran Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS)
Buletin Budaya, 08 Julai 2025 (Selasa).
Festival Kebudayaan Rungus Sabah Kali ke-6 Tahun 2025 telah diadakan pada 04 - 06 Julai 2025 anjuran Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) bertempat di Dewan Kebudayaan Rungus Kampung Teringai Kota Marudu, Sabah. Festival tersebut dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir Yang Berhormat Datuk Julita Majungki,Pembantu Menteri Kewangan 1 Negeri Sabah Merangkap ADUN N5 Matunggong, Tuan Mackey Apison Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Presiden-presiden Etnik Sabah dan Ketua-ketua Komponen GRS Parlimen Kota Marudu. Antara aktiviti yang menarik sepanjang festival tersebut adalah Penyerahan Sumbangan bakul makanan, Penampilan Peserta Gimpuhut Tinongkupan, cabutan bertuah, persembahan nyanyian Juara Sugandoi Pesta Kaamatan Kudat 2025, persembahan lagu tradisi dan muzik tradisi.