Imbasan Program Piuludan Tinagas 2025 yang telah berlangsung pada 27–28 Jun 2025 di Kg Malinsau, Ranau.
Buletin Budaya ,2 Julai 2025 (Rabu)
Imbasan Program Piuludan Tinagas 2025 yang telah berlangsung pada 27–28 Jun 2025 di Kg Malinsau, Ranau.
Program ini turut menampilkan sesi dialog budaya bersama Encik Julian Muslih mewakili Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Dr Trixie Marjorie Tangit mewakili Univerisiti Malaysia Sabah dan yang berkongsi usaha dan cabaran dalam memelihara adat dan budaya.
Antara pengisian menarik termasuk pelbagai aktiviti dan pertandingan, serta Pelancaran Corak Baju Tradisi Tinagas yang menambah seri program.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama menjayakan program ini, khususnya komuniti Kg Malinsau sebagai tuan rumah, para peserta, urus setia dan penyokong warisan budaya tempatan.
Inisiatif sebegini terus menjadi platform penting dalam menyemai jati diri dan memperkasa warisan etnik Sabah.