Kunjungan Hormat Daripada YBrs. Encik Mohamad Raizuli bin Mat Jusoh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Acara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Buletin Budaya, 02 Oktober 2026 (Jumaat)
YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Mohamad Raizuli bin Mat Jusoh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Acara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, LKNS.
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan persediaan dan pelaksanaan Festival Budaya Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2027.
Turut hadir, Encik Julian Muslih bin Gingkou, Pengurus Bahagian Latihan dan Kemahiran LKNS; Encik Daunal Guntabid @ Donald daripada Bahagian Acara LKNS, Encik Said Ali bin Said Idrus daripada Bahagian Pengembangan LKNS serta beberapa pegawai daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).