Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Penganjuran Pesta Gelingos 2026
Buletin Budaya, 02 Oktober 2026 (Jumaat)
Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Penganjuran Pesta Gelingos 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Kinabatangan pada 1 Oktober 2026 dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohamad Raizuli bin Mat Jusoh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Acara, MOTAC.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, bersama Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni Budaya dan Encik Azrul @ Jonilus Gosmin, Pengurus Bahagian Pengembangan LKNS.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan dan persiapan penganjuran Pesta Gelingos 2026, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam usaha memartabatkan warisan seni, budaya dan tradisi masyarakat setempat.