Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Pada 29 September 2026
Buletin Budaya, 1 Oktober 2026 (Khamis)
Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah melaksanakan beberapa mesyuarat jawatankuasa pada 29 September 2026 (Selasa) yang telah dipengerusikan oleh Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Mesyuarat yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Peringkat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bil. 2/2026
2. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bil. 2/2026
3. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bil. 2/2026
4. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod Jabatan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Bilangan 2 Tahun 2026
Pelaksanaan mesyuarat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LKNS dalam memperkukuh tadbir urus, integriti, keselamatan perlindungan, pengurusan aduan serta pengurusan rekod jabatan agar penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan secara sistematik, telus dan berkesan.