Sambutan Hari Malaysia 2026 Peringkat Negeri Sabah
Buletin Budaya, 18 September 2026 (Jumaat)
PART 2/2
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH
YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, hadir memeriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 16 September 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Hj. Aman. Acara dimulakan dengan persembahan tarian sambut tamu, diikuti Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin, JP, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.
Majlis turut diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti.
Sambutan Hari Malaysia 2026 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat serta wakil agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet Negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pembantu-Pembantu Menteri Kabinet, dif-dif jemputan, rakan media serta orang awam.