Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026
Buletin Budaya, 7 September 2026 (Isnin)
Program Doa Sayangi Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 telah berlangsung pada 6 September 2026 (Ahad) Bertempat di Gurdwara Sahib Temple Kota Kinabalu.
Program ini dihadiri oleh kakitangan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, kakitangan dan pegawai daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah serta pengerusi/ wakil pengerusi persatuan-persatuan.
Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Malaysia Hindu Sangam Sabah, Persatuan Bumiputera Christian Sabah, Persatuan Cina Sabah dan Singh Sabha Sabah.