Sambutan Hari Sabah 2026 telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Dataran Merdeka, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah. Sambutan bermula seawal jam 6.00 Petang dengan penuh semangat patriotik dan keceriaan.
Majlis turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan Sabah, persembahan kumpulan kesenian dan kebudayaan serta perarakan budaya yang menampilkan kepelbagaian etnik dan warisan budaya negeri Sabah.