Pemantauan Beberapa Studio Pegawai Dagang Pada 18 dan 19 Ogos 2026
Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)
Bahagian Latihan dan Kemahiran, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah melaksanakan pemantauan di beberapa studio pegawai dagang pada 18 dan 19 Ogos 2026 bagi menilai pematuhan terhadap prosedur operasi yang ditetapkan.
Antara studio yang terlibat ialah Dancespiration Studio (Penampang), Dance Art Academy (Damai) dan Dance With Me Studio (Iramanis).
Pemantauan yang diketuai oleh En. Julian Muslih, Pengurus Bahagian Latihan & Kemahiran ini dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian studio berjalan mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan, di samping memperkukuh pemantauan serta pengurusan aktiviti seni dan kebudayaan di Sabah.