Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) Part 2/2
Buletin Budaya, 20 Ogos 2026 (Khamis)
PART 2/2
Kemeriahan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) memuncak dengan penuh warna dan semangat kebudayaan apabila para peserta daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah mempersembahkan bakat serta kreativiti masing-masing menerusi Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Sabah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Andi Md Shamsureezal, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, yang mewakili Yang Berhormat Datuk Jafry Bin Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, pada 16 Ogos 2026 bertempat di Centre Atrium, 1Borneo Hypermall.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, pegawai-pegawai kanan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Guru Besar sekolah-sekolah rendah; Pengetua sekolah-sekolah menengah serta agensi-agensi ahli jawatankuasa.
Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS) telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 hingga 16 Ogos 2026, sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026. Sebanyak 10 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang mempertandingkan kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN – SEKOLAH RENDAH
Johan: SK Mutiara, Kota Kinabalu
Naib Johan: SK Tobobon, Menggatal
Ketiga: SK Kogopon, Papar
Saguhati: SK St. Benedict, Ranau
Saguhati: SK Lasau Tintapon, Kota Belud
KEPUTUSAN PERTANDINGAN – SEKOLAH MENENGAH
Johan: SMK Kolombong, Kota Kinabalu
Naib Johan: SMK Narinang, Kota Belud
Ketiga: SMK Taun Gusi, Kota Belud
Saguhati: SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
Saguhati: SMK Telipok
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Penghargaan turut dirakamkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 1Borneo Hypermall, serta semua sekolah yang telah mengambil bahagian, memberikan sokongan dan bersama-sama menjayakan Pertandingan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah selalu Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 serta kepada penaja-penaja rasmi yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Citra Seni Sabah 4.0 (CITRAS):
1. Sawit Kinabalu Group
2. Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd.
3. Sabah Credit Corporation
4. Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd.
5. Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
6. Persatuan Aspirasi dan Teknologi Kreatif Kota Kinabalu (KATO)
7. Hebat Car Rental Sdn. Bhd.
8. Yayasan Sabah Group
Segala sokongan dan sumbangan yang diberikan amat dihargai. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong usaha memperkasa seni dan budaya Sabah.
Semoga program ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat generasi muda, memperkasa seni dan budaya Sabah serta menyemarakkan kecintaan terhadap warisan kebudayaan negeri.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di CITRAS pada tahun akan datang!