Karnival Momogun sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Tahun 2026
Buletin Budaya, 18 Ogos 2026 (Selasa)
IMBASAN KEMERIAHAN KARNIVAL MOMOGUN SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2026
Kemeriahan Karnival Momogun sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Tahun 2026 anjuran Momogun National Congress (MNC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Marudu dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 hingga 15 Ogos 2026 bertempat di Pentas Utama, Dataran Kota Marudu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Turut hadir ialah YB Datuk Dr. Maijol Mahap, J.P., Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.06, serta YBhg. Datuk Musliati binti Moslimin, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang mewakili Yang Berbahagia Datuk Pengiran Abdul Azis bin Pengiran Damsah, Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Sepanjang berlangsungnya karnival, pelbagai aktiviti kebudayaan, warisan dan kemasyarakatan telah disajikan bagi mengangkat serta memartabatkan identiti, adat resam dan warisan masyarakat Momogun.
Karnival ini turut menjadi wadah penting dalam memperkukuh semangat perpaduan komuniti, memelihara warisan budaya serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menghargai dan melestarikan khazanah budaya masyarakat Orang Asal Sabah.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Momogun 2026!