MSU Sabah Ethnic Festival 2026 (SEF 4.0) Meriahkan Pusat Kebudayaan Sabah Penampang.
MSU College Sabah telah menganjurkan MSU Sabah Ethnic Festival 2026 (SEF 4.0) pada 12 Ogos 2026, bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid, Presiden dan Pengasas Management and Science University (MSU), yang turut menyempurnakan perasmian Sabah Ethnic Festival 2026.
Turut hadir ialah Puan Flora Iban, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pembangunan Seni dan Budaya, yang mewakili Tuan Mackey Apison, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Encik Azrul Jonilus Gosmin, Pengurus Bahagian Pelancongan Budaya, Encik Julian Muslih, Pengurus Bahagian Latihan dan Kemahiran, serta pegawai-pegawai LKNS.
Festival ini mengetengahkan kepelbagaian warisan dan kebudayaan etnik Sabah melalui pelbagai aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman berkaitan budaya tradisional negeri ini.Antara aktiviti yang disediakan termasuklah merasai makanan tradisi, mencuba bermain alat muzik tradisional, serta melihat dan mengenali pelbagai jenis pakaian dan aksesori etnik yang terdapat di Sabah.
Penganjuran SEF 4.0 ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan kepelbagaian etnik Sabah, malah turut memberi ruang kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali, menghargai dan memelihara warisan budaya negeri agar terus relevan dan diwarisi oleh generasi akan datang.