Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengadakan beberapa siri kunjungan hormat yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah YBhg. Datuk Pengiran Abdul Azis Bin Pengiran Damsah.
Pada 14 Ogos 2026 rombongan kunjungan hormat telah ke Pejabat Daerah Kinabatangan dan Ketibaan rombongan daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah disambut mesra oleh YBhg. Tuan Suhaime@Suhaimi Bin Haji Ejip, Pegawai Daerah Kinabatangan, Tuan Joses bin Kodoh dan Tuan Romy Al-Hami Azeer Yahya, Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan.
Turut hadir Tuan Matmin Bin Etin, Ahli Lembaga Pengarah LKNS serta beberapa pegawai kanan daripada LKNS iaitu Tuan Masi Maksud, Timbalan Pengurus Besar Sektor Pengurusan, Encik Mohd Nazrin Shah, Pengurus Bahagian Pendigitalan & Publisiti, Encik Henry Kim Lok dan Puan Laila binti Tahir, Pegawai daripada Bahagian Pembangunan LKNS.
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membicangkan isu berkaitan mengangkat Kebudayaan etnik setempat dan cadangan pembukaan cawangan Galeri Etnik Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.